
Secara faktanya, ISA telah dirangka oleh R.H Hickling dan mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1 Ogos 1960.Terdapat ramai negarawan yang dikenakan ISA sejak penguatkuasaannya pada 1960 lalu.Antaranya bekas Presiden Pas Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan terbaru, pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin serta Exco Selangor Teresa Kok

Juga tahanan tanpa bicara yang jelas bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan.
Antara peruntukan ISA yang didakwa mencabuli hak asasi individu ialah Seksyen 8 ISA 1960 yang membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun, tanpa melalui proses perbicaraan, terhadap mana-mana individu bagi tujuan mencegahnya daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.Seksyen 73 pula telah memberikan polis kuasa yang luas untuk membuat penangkapan dan melakukan siasatan selama 60 hari berturut-turut terhadap individu yang dipercayai boleh atau telah memudaratkan keselamatan negara.



Justeru itu, hanya satu jalan yang boleh diambil iaitu ISA perlu dimansuhkan dan kerajaan boleh meluluskan undang-undang untuk menangani masalah-masalah tertentu yang melibatkan ancaman negara seperti undang-undang mencegah penyeludupan, pemalsuan pasport dan seumpamanya.
Isu ISA juga amat dekat dengan mahasiswa kerana mahasiswa turut dikenakan penahanan di bawah ISA seperti yang berlaku ke atas 7 orang mahasiswa pada tahun Jun 2001 lalu dan juga dua aktivis pelajar, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan akibat kebakaran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya.
Mungkin selepas ini,nama saya turut disenarai bersama saudara Khairul Anuar dan Mohamad Fuad..