Monday, August 17, 2009

Saya menyokong penuh ketegasan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan juga para pemimpin BN lain termasuk daripada Pakatan Rakyat dalam gerakan memansuhkan akta yang berusia lebih 49 tahun ini.

Secara faktanya, ISA telah dirangka oleh R.H Hickling dan mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1 Ogos 1960.Terdapat ramai negarawan yang dikenakan ISA sejak penguatkuasaannya pada 1960 lalu.Antaranya bekas Presiden Pas Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan terbaru, pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin serta Exco Selangor Teresa Kok

Saya menyokong ISA dimansuhkan bukan berdasarkan emosi semata-semata tetapi berdasarkan hujah akedemik yang berlandaskan kebebasan mengeluarkan pendapat sepertimana peruntukkan Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan kita.Antara hujah yang boleh dikemukakan kenapa ISA perlu dimansuhkan ialah daripada faktor kuasa kehakiman yang perlu diberikan semula kepada hakim dan bukannya Menteri Dalam Negeri seperti yang dapat dilihat dalam peruntukkan Seksyen 8(1) ISA itu sendiri.
Juga tahanan tanpa bicara yang jelas bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan.

Antara peruntukan ISA yang didakwa mencabuli hak asasi individu ialah Seksyen 8 ISA 1960 yang membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun, tanpa melalui proses perbicaraan, terhadap mana-mana individu bagi tujuan mencegahnya daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.Seksyen 73 pula telah memberikan polis kuasa yang luas untuk membuat penangkapan dan melakukan siasatan selama 60 hari berturut-turut terhadap individu yang dipercayai boleh atau telah memudaratkan keselamatan negara.
Kita sepatutnya memberi peluang kepada setiap warganegara hak sama rata di sisi undang-undang serta hak untuk akses kepada peguam dalam masa 24 jam.Penyeksaan dalam tahanan ISA seperti perbuatan memukul, penanggalan pakaian, soal siasat selama 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka dan pelbagai lagi kezaliman lain adalah satu prosedur penyiasatan yang tidak boleh diterima oleh akal dalam dunia yang terbuka pada hari ini.Saya amat tersentuh dengan kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara.

Kes anak tahanan ISA yang tidak sempat melihat ayahnya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan kisah-kisah ini tidak pernah menjadi pedoman kepada ahli Parlimen untuk menghapuskan undang-undang rimba ini.ISA juga secara jelas bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara dan juga konsep kedaulatan undang-undang walaupun diharuskan oleh Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi mencegah kegiatan subversif.
Justeru itu, hanya satu jalan yang boleh diambil iaitu ISA perlu dimansuhkan dan kerajaan boleh meluluskan undang-undang untuk menangani masalah-masalah tertentu yang melibatkan ancaman negara seperti undang-undang mencegah penyeludupan, pemalsuan pasport dan seumpamanya.
Isu ISA juga amat dekat dengan mahasiswa kerana mahasiswa turut dikenakan penahanan di bawah ISA seperti yang berlaku ke atas 7 orang mahasiswa pada tahun Jun 2001 lalu dan juga dua aktivis pelajar, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan akibat kebakaran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya.
Mungkin selepas ini,nama saya turut disenarai bersama saudara Khairul Anuar dan Mohamad Fuad..







1Answer for TBH Inquest..


The death of Teoh Beng Hock was an unfortunate event that could well invite a dark cloud into an already troublesome country which now faces more stringent test as racial tension becomes worser. Finger-pointing and accusation of murder were the focal points of the attack between parties involved as though the only reason for Teoh’s death could ONLY be MURDER.

Worst when the death were linked to a government agency trusted with such huge responsibility and triads which none of us wish for its existence. Soon after Teoh’s death a group of people started to accuse MACC as the culprit. There were banners printed with annoying words such as “MACC is Murderer” and “MACC Kills The Innocence”. I was amazed to see how fast they came to such a conclusion, even the CSI people won’t be able to solve the case in just a couple of days.

Nevertheless, what was more important for me is to see that the majority of those people come from just one race group and I don’t think I need to eloborate on that. Ironically, the counter arguments, defending the MACC, majorities are coming from another race group. The counter arguments also linked the death with corruption and the existence of THE UNDERWORLDS.

It became more interesting yesterday, when it was revealed that two Chinese from the same political party as the deceased were reluctant to give their DNAs sample when everybody else (102 of them) have cooperated . Interesting right? But still, what connects the dots? How could anyone be sure that there is murder in this case?

I much prefer the finding to show that Teoh committed suicide or probably slipped and fell from the 14th Floor. That would be better although certain people will still make all type of noise and call for an inquest of the inquest itself? It won’t be good for the nation if the inquest found that any of the above parties involved.

Nevertheless, it is the truth that we wish for and hopefully justice to the late Teoh too. As for now, everybody should keep their mouth shout and give full cooperation to the police. It’s a pity that Teoh family has taken the bad advice from certain quarters and requested for the postponement of the inquest. The inquest is in accordance with the law and is provided under our Criminal Procedure Code.


While Teoh’s family can continue to talk to PM on the Royal Commision issue, it is best that there is no further delay for the inquest. Delays will only provide the criminals (if any) opportunities to hide the evidence and therefore the truth can no longer be found.

Afterall since the inquest was provided under the law, why shouldn’t we just oblige the law? Is the Rule Of Law only made for certain parties and certain others need not adhere?

Maybe YB Kota Alam Shah has the answer? (or maybe not).